Jemaah perlu tunggu 14 hari untuk umrah kedua

Jemaah perlu mematuhi peraturan ditetapkan termasuk langkah penjarakkan fizikal sepanjang tempoh menunaikan umrah. - Foto AFP
Jemaah perlu mematuhi peraturan ditetapkan termasuk langkah penjarakkan fizikal sepanjang tempoh menunaikan umrah. - Foto AFP
A
A
A

MAKKAH - Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memaklumkan jemaah perlu menunggu tempoh 14 hari sebelum menempah tarikh lain untuk mengerjakan ibadah umrah.

“Mereka boleh menunaikan umrah sebanyak dua kali, namun ia perlu dilakukan selepas dua minggu bagi memberi peluang kepada individu lain.

"Ia selaras dengan langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan Covid-19,” kata Ketua Pegawai Perancangan dan Strategi kementerian itu, Dr Amr al-Maddah.

Menurutnya, kementerian itu juga sedang mengkaji lokasi yang boleh digunakan oleh para jemaah untuk mengerjakan ibadah itu dan melaksanakan penjarakkan sosial bagi memastikan protokol kesihatan.

“Setakat ini, kami sudah menerima kira-kira 35,000 permohonan,” katanya merujuk kepada fasa pertama yang akan bermula pada Ahad ini.

Di bawah fasa pertama, para jemaah akan menunaikan umrah pada enam waktu berbeza dalam sehari dan masing-masing diberi masa selama tiga jam untuk menyelesaikan ibadah itu.

“Antara waktu Maghrib dan Isyak, para jemaah tidak dibenarkan menunaikan umrah bagi memberi laluan kepada usaha pembersihan dan nyahkuman. Mereka akan kembali mengerjakan ibadah itu pada waktu tengah malam,” jelasnya lagi.

Difahamkan, setiap kumpulan jemaah umrah juga akan diiringi pengawas untuk memastikan mereka mematuhi peraturan ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Fasa kedua yang dijadualkan dua minggu kemudian akan didahului dengan penilaian komprehensif tahap pertama untuk mengatasi segala kekurangan fasa pertama. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Arab Saudi benar ibadah umrah bermula 4 Oktober ini