ADUN Ayer Limau positif Covid-19

Amiruddin (kiri) ketika hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah sebelum ini untuk memotong gelang setelah menjalani kuarantin wajib selepas pulang dari Sabah. - Foto Facebook
Amiruddin (kiri) ketika hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah sebelum ini untuk memotong gelang setelah menjalani kuarantin wajib selepas pulang dari Sabah. - Foto Facebook
A
A
A

MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Amiruddin Yusof yang disahkan positif koronavirus (Covid-19) sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.

Beliau mengesahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah dan mengalami gejala demam.

Menurutnya, selepas keputusan ujian calitan (swab test) terhadapnya positif Covid-19, pasukan kesihatan telah ke rumahnya untuk membawa beliau ke hospital.

"Kira- kira jam 4.30 petang, pasukan perubatan datang ke rumah dan membawa saya ke hospital dengan menaiki ambulans.

"Isteri dan anak saya juga sudah melakukan 'swab test' dan menunggu keputusan selain perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah," katanya.

Pintu masuk utama Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh di sini ditutup selepas seorang wakil rakyat dipercayai positif Covid-19.
Pintu masuk utama Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh di sini ditutup selepas seorang wakil rakyat dipercayai positif Covid-19.

Katanya, dua anaknya juga akan menangguhkan pendaftaran masuk ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Terdahulu, kompleks pentadbiran kerajaan negeri di Seri Negeri Ayer Keroh di sini diarahkan tutup serta-merta semalam selepas beliau datang ke bangunan terbabit kelmarin untuk menyelesaikan beberapa urusan disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah.

Artikel Berkaitan:

Proses sanitasi di bangunan kerajaan itu dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka.

Amiruddin pada Selasa lalu telah hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah untuk memotong gelang merah jambu setelah menjalani kuarantin wajib selepas pulang dari Sabah apabila ujian Covid-19 terhadapnya dimaklumkan negatif.

Bagaimanapun sehari selepas itu, beliau dimaklumkan bahawa ujian Covid-19 terhadapnya positif.

ARTIKEL BERKAITAN: Seri Negeri tutup, seorang ADUN dipercayai positif