Sampel Covid-19 pada air laut

Sampel Covid-19 ditemui di Brighton Beach di sepanjang Lake Superior di Duluth, Minnesota di AS. - Foto Agensi
Sampel Covid-19 ditemui di Brighton Beach di sepanjang Lake Superior di Duluth, Minnesota di AS. - Foto Agensi
A
A
A

SAINT PAUL - Saintis telah menemukan 'tahap yang dapat dikesan' koronavirus (Covid-19) buat pertama kali pada sampel air laut di Amerika Syarikat (AS).

Pasukan penyelidik daripada University of Minnesota Medical School mengumpulkan sampel tersebut dari lapan pantai di sepanjang Lake Superior di Duluth sejak 4 Julai lalu.

Hasil kajian mereka mendapati, empat daripadanya di Brighton Beach, 42nd Avenue East Beach, Franklin Park Beach dan Lief Erickson Park Beach mengandungi SARS-CoV-2 pada 11 dan 18 September lalu.

Menurut kenyataan dari University of Minnesota Medical School di Duluth, penyelidik menemukan antara 100 dan 1,000 per liter salinan virus tersebut.

Difahamkan, ia adalah kira-kira 10,000 kali ganda lebih rendah daripada paras yang terdapat dalam air kumbahan yang melalui sistem saliran ke kemudahan rawatan sisa.

Pembantu profesor daripada Medical School di Duluth, Dr Richard Melvin berkata, beliau percaya virus terbabit disebarkan oleh individu yang berenang di pantai tersebut.

"Virus tersebut masih berada dalam najis individu yang dijangkiti Covid-19 sehingga sebulan selepas simptom mereka hilang. Seperti yang kita ketahui, pantai juga boleh dicemari dengan najis manusia," jelasnya.

Sehingga kini, tiada bukti menunjukkan individu boleh dijangkiti Covid-19 melalui air seperti bakteria salmonella dan E.coli.

Artikel Berkaitan:

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) juga dikatakan tidak mengetahui tentang adanya laporan saintifik yang menunjukkan virus tersebut boleh disebarkan kepada individu melalui pendedahan kepada air tasik. - Agensi