X

Kindly register in order to view this article
!

Empat kluster baharu termasuk di Putrajaya

Dr Noor Hisham. Gambar kecil: Kluster baharu yang dikesan hari ini
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Empat kluster baharu pandemik koronavirus (Covid-19) telah dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) antaranya Kluster Selasih, Putrajaya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kluster lain adalah Kluster Jalan Meru, Selangor; Kluster Joo Hwa, Sabah dan Kluster Bah Ketil, Kedah.

Menurutnya, Kluster Selasih, Putrajaya melibatkan kes indeks iaitu kes ke-11,134 yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

"Kes indeks mempunyai sejarah perjalanan ke Kota Kinabalu, Melangkap dan Kundasang, Sabah pada 13 hingga 27 September," katanya.

Beliau berkata, lelaki berusia 37 tahun itu mula bergejala dan demam sejak 25 September lalu.

"Kes tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Lumpur (KLIA) pada 27 September lalu sebelum disahkan positif Covid-19 keesokan harinya," katanya.

Susulan itu, Dr Noor Hisham berkata, saringan kontak rapat telah dijalankan dan enam lagi kes positif Covid-19 bagi Kluster Selasih dikenal pasti.

"Enam kes positif itu merupakan rakyat tempatan dan mereka telah pun dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh (Selangor) untuk rawatan," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, seramai 28 individu telah disaring.

"Lapan dikesan negatif dan 13 individu masih lagi menunggu keputusan," katanya.

Kluster Jalan Meru, Klang melibatkan kes indeks yang bergejala sejak 24 September lepas.

"Saringan Covid-19 dikesan positif pada Isnin lalu dan kes tersebut telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh," katanya.

Menurutnya, saringan kontak rapat telah dijalankan dan tiga lagi kes positif dikesan.

"Kesemua pesakit merupakan warga tempatan dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh," katanya.

Sementara itu, bagi Kluster Joo Hwa, Sabah, kes indeks merupakan lelaki berusia 31 tahun.

"Kes mula bergejala demam dan batuk sejak 14 September dan disahkan positif pada 20 September," katanya.

Saringan kontak rapat mendapati empat lagi kes positif dan dimasukkan ke Hospital Tawau.

"Setakat ini, sejumlah 126 individu telah disaring di mana lima adalah positif, 11 negatif dan 110 masih menunggu keputusan," katanya.

Kluster Bah Ketil pula melibatkan dua daerah di Kedah iaitu Baling dan Langkawi.

"Pesakit merupakan lelaki berusia 39 tahun dan mempunyai perjalanan ke Tawau daripada 17 hingga 24 September," katanya.

Menurutnya, kes mula bergejala batuk dan sakit otot pada 24 September dan mendapat rawatan di pusat rawatan di Sungai Petani.

"Dia disahkan positif pada 28 September dan saringan kontak rapat mendapati lapan lagi positif.

"Mereka dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Langkawi," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!