1,088 kemalangan libatkan motosikal di Terengganu

Zulkarnain memakaikan topi keledar kepada seorang peserta program Advokasi Keselamatan Jalan raya kepada 'Food Rider' di Ibu Pejabat JPJ Terengganu hari ini.
Zulkarnain memakaikan topi keledar kepada seorang peserta program Advokasi Keselamatan Jalan raya kepada 'Food Rider' di Ibu Pejabat JPJ Terengganu hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 1,088 kemalangan melibatkan motosikal dengan 116 kes kemalangan maut direkodkan berlaku di seluruh negeri tahun ini bermula 1 Januari hingga 26 September 2020.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, statistik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu mencatatkan angka tertinggi bagi daerah Kuala Terengganu (478) diikuti Kemaman (187), Hulu Terengganu (101) Dungun (93), Setiu (82) Marang (79) dan Besut (68).

“Dari segi pecahan jumlah kemalangan sebanyak 1,061 kes melibatkan motosikal bawah kategori 90 hingga 250cc diikuti 24 kes bagi 250 hingga 499cc dan sebanyak tiga kes melibatkan motosikal berkuasa tinggi (500cc).

“Bagi kemalangan maut pula 113 kes membabitkan motosikal 90 hingga 250cc, satu kes melibatkan motosikal 250 hingga 499cc dan dua kes melibatkan motosikal 500cc,” katanya ketika ditemui pemberita sempena program Advokasi Keselamatan Jalan raya kepada 'Food Rider' di sini hari ini.

Seramai 23 wakil daripada tiga syarikat pengendali makanan terlibat dalam program yang diadakan di Ibu Pejabat JPJ Terengganu.

Zulkarnain berkata, program itu diadakan bagi memberi kesedaran kepada penghantar makanan yang terdedah kepada risiko kemalangan sekiranya tidak mematuhi peraturan keselamatan lalu lintas sekali gus mengurangkan angka mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

“Kita adakan program ini bagi menyuntik kesedaran mengenai isu keselamatan, pematuhan peraturan jalan raya serta kaedah yang betul perlu dipatuhi mereka ketika membawa kotak pesanan makanan.

“Sekiranya tiada tindakan diambil ia akan memberi kesan kepada pengguna jalan raya lain dan penunggang motosikal itu sendiri dan jika disaman ia juga boleh menyebabkan lesen digantung dan mereka hilang pekerjaan,” katanya.

Artikel Berkaitan: