LIVEON bantu melambatkan penuaan

Racheal (tengah) bersama tetamu khas menyempurnakan gimik pelancaran produk LIVEON bertempat di Forest Valley Cheras kelmarin.
Racheal (tengah) bersama tetamu khas menyempurnakan gimik pelancaran produk LIVEON bertempat di Forest Valley Cheras kelmarin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Syarikat pengeluar produk kecantikan dan kesihatan Wellous melancarkan produk terbaharunya, minuman botanik LIVEON kelmarin.

Minuman botani campuran yang diformulasikan daripada empat ramuan utama iaitu ekstrak kulit pokok pinus, SOD Extremel, kunyit hitam dan buckthorn laut dihasilkan bagi membantu melambatkan proses penuaan.

Ia disertakan dengan kajian anti-penuaan selama 13 tahun serta tiga teknologi inovatif pengekstrakan tulen.

Khasiat yang terdapat pada kulit pokok pinus dapat meningkatkan prestasi kognitif sementara SOD Extremel yang merupakan antioksidan terkuat dapat melambatkan proses dan tanda-tanda penuaan.

Sementara kunyit hitam membantu meneutralkan radikal bebas dan Puredia Seaberry yang merupakan ekstrak buckthorn laut membantu mengaktifkan pertumbuhan sel kulit.

Ketua Pegawai Eksekutif Wellous, Racheal Tan berkata, LIVEON dapat membantu menghidupkan semula DNA untuk meningkatkan prestasi organ dan sel untuk mengembalikan tenaga muda.

"Penuaan adalah proses semula jadi yang dialami oleh semua orang seiring dengan pertambahan usia disebabkan badan menjadi lemah dan sebahagian besar organ dalam badan mengalami kerosakan sel.

"Kandungan empat ramuan ini yang mengandungi sumber antioksidan tinggi, fungsi antiglikasi dan anti-radang untuk mengelakkan diri daripada penuaan," katanya sewaktu pelancaran produk itu di Forest Valley Cheras kelmarin.

Artikel Berkaitan:

Katanya, LIVEON yang baru sebulan dilancarkan telah berjaya mencapai lima juta jualan.

"Wellous adalah jenama makanan pelbagai fungsi yang terkenal dan kami sentiasa mengutamakan keperluan pelanggan.

"Kami hanya menggunakan bahan-bahan yang semula jadi dan berkualiti dalam produk kami. Kami berharap dapat memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada semua," katanya.