SPRM tidak pernah hantar surat tutup kes

Surat tawaran bagi menutup sebarang kes rasuah. yang tersebar.
Surat tawaran bagi menutup sebarang kes rasuah. yang tersebar.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghubungi mana-mana pihak menerusi surat bagi menutup sebarang kes rasuah.

Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya telah menerima banyak aduan daripada orang awam yang terpedaya dengan surat palsu tersebut sejak kebelakangan ini.

"SPRM berharap orang ramai lebih peka dan berkongsi maklumat ini bersama masyarakat di sekeliling supaya tidak terpedaya dengan surat palsu ini," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang menerima sebarang surat yang meragukan dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan daripada mana-mana pejabat SPRM terdekat menerusi talian 1-800-88-6000 dan atau portal rasmi www.sprm.gov.my.

Surat tersebut yang kononnya daripada Ketua Bahagian Penyiasatan SPRM dengan tajuk 'Tawaran Untuk Menutup Kes'.

Isi kandungan surat terbabit mendakwa satu kertas siasatan telah dibuka oleh SPRM untuk menyiasat penerima surat yang didakwa terlibat dalam kes rasuah.

Kata surat itu lagi, hasil siasatan dan bukti yang telah dikumpul, mangsa akan ditahan dan didakwa dibawah Seksyen Akta SPRM 2009 dengan hukuman penjara dan denda.

Surat itu menawarkan mangsa untuk menutup kertas siasatan dan menghapuskan bukti dengan bayaran RM100,000 ke dalam akaun Bitcoint dalam tempoh 30 hari.

Artikel Berkaitan: