Saya akan rindu DBKL: Nor Hisham

Nor Hisham sebak ketika ketika berucap pada majlis perpisahannya di sini hari ini.
Nor Hisham sebak ketika ketika berucap pada majlis perpisahannya di sini hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Apa yang ada pada Datuk Bandar kalau tidak dapat sokongan 10,000 kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Sesungguhnya saya bertuah," luah Nor Hisham Ahmad Dahlan dalam amanat terakhirnya sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur hari ini.

Biarpun hanya berkhidmat dalam tempoh dua tahun, Nor Hisham yang bersara mulai hari ini menyifatkan DBKL sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) terbaik.

"Andalah yang terbaik. Apa-apa, DBKL buat adalah untuk kebaikan Kuala Lumpur.

"Sebab itu, apabila bercakap di luar, saya lebih suka cakap 'kita kami' sebab bukan saya seorang sahaja yang bekerja di DBKL. Sesungguhnya saya merindui DBKL," katanya dalam nada sebak ketika berucap pada Majlis Perpisahannya di sini hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa hari ini mengumumkan bekas Pengarah Eksekutif (Perancangan) DBKL Datuk Mahadi Che Ngah dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur baharu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa hari ini.

Pada masa sama, Nor Hisham meminta agar DBKL terus melakukan yang terbaik demi kesejahteraan Kuala Lumpur.

"Apa-apa sahaja orang cakap, apa-apa yang kita buat kita ada SOP (prosedur operasi standard), kita mudahkan cara, kita bantu ekonomi, bantu orang muda, orang susah, itu adalah tujuan kita," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Ibrahim Yusoff berkata, Nor Hisham berjaya menunaikan tanggungjawab dan amanah meskipun terdapat pertukaran kerajaan selain negara dilanda pandemik koronavirus (Covid-19).

Artikel Berkaitan:

"Walaupun banyak tekanan tetapi dia masih mampu memberi nadi yang baharu kepada DBKL.

"Kita juga tidak pernah dengar keluh kesahnya, tetapi dia juga tidak pernah mengadu semata-mata untuk melepaskan tekanannya," katanya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Mahadi dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-13