9,603 pelanggan manfaat diskaun kompaun JPJ

Tempoh pengurangan bayaran kompaun selama dua bulan dimanfaatkan 9,603 pelanggan untuk melunaskan bayaran yang masih tertunggak dengan melibatkan 10,698 transaksi. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Zulkarnain Yasin)
Tempoh pengurangan bayaran kompaun selama dua bulan dimanfaatkan 9,603 pelanggan untuk melunaskan bayaran yang masih tertunggak dengan melibatkan 10,698 transaksi. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Zulkarnain Yasin)
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menerima bayaran kompaun sebanyak RM759,541 dalam tempoh dua bulan pelaksanaan diskaun 70 peratus kompaun bermula 3 Ogos hingga semalam.

Pengarahnya, Zulkarnain Yasin berkata, bayaran kompaun yang diterima itu meliputi semua kesalahan dengan rekod kutipan sebanyak RM575,143 pada Ogos dan RM184,398 pada September.

“Tempoh pengurangan bayaran kompaun yang diberikan oleh kerajaan selama dua bulan dimanfaatkan oleh 9,603 pelanggan untuk melunaskan bayaran yang masih tertunggak dengan melibatkan 10,698 transaksi.

“Sepanjang tempoh dua bulan kutipan kompaun yang berakhir semalam, kita mengenalpasti bayaran kompaun paling tinggi melibatkan pelbagai kesalahan berkaitan lesen memandu,” katanya ketika ditemui pemberita sempena program Advokasi Keselamatan Jalan raya kepada 'Food Rider' di Ibu Pejabat JPJ Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu, kerajaan menawarkan diskaun 70 peratus bayaran kompaun bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Diskaun 70 peratus bayaran saman itu bagi saman yang dikeluarkan atas kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah di bawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Artikel Berkaitan: