MBSB Bank laksana Kempen Bantuan Pembayaran Balik Pinjaman

Ahmad Zaini Othman
Ahmad Zaini Othman
A
A
A

MBSB Bank Bhd (MBSB Bank) akan mengadakan Kempen Bantuan Pembayaran Balik Pinjaman (RAC) di beberapa cawangannya bagi membantu pelanggan yang memerlukan bantuan kewangan selepas tempoh moratorium selama enam bulan berakhir pada 30 September ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman berkata, pelanggan boleh mengadakan perbincangan secara bersemuka mengenai pilihan bantuan pembayaran yang ada, termasuk fleksibiliti pembayaran untuk kumpulan sasaran dan penjadualan semula serta penstrukturan semula akaun.

Menurutnya, MBSB Bank amat menggalakkan pelanggan berbincang dengan wakil bank kerana pihaknya mengakui hakikat bahawa sebahagian daripada mereka masih bimbang dengan keadaan kewangan mereka.

“Dengan membuka cawangan pada dua hujung minggu ini, kami berharap dapat menangani kebimbangan dan isu mereka," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

MBSB Bank
MBSB Bank

Ahmad Zaini berkata cawangan bank di Butterworth, Melaka Raya, Johor Bahru, Kuantan dan pusat khidmat pelanggan Menara MBSB di Kuala Lumpur akan beroperasi dari jam 10 pagi hingga 5 petang pada 26 hingga 27 September 2020, dan 3 hingga 4 Oktober 2020.

Katanya, individu dan pelanggan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) diminta mengunjungi cawangan MBSB Bank bagi sebarang pertanyaan mengenai pilihan pembiayaan yang sesuai.

Dalam pada itu katanya, MBSB Bank sentiasa berhubung dengan pelanggan menerusi panggilan telefon, e-mel dan platform media sosial untuk mengingatkan bahawa bantuan tersedia untuk mereka.

Artikel Berkaitan: