X

Kindly register in order to view this article
!

Geng Syed diberkas, dadah 109 kg dirampas

Ayob Khan (tengah) menunjukkan dadah seberat 109 kilogram yang dirampas selepas tumpasnya sindiket penyeludupan dadah Geng Syed.
A
A

JOHOR BAHRU - Sebuah keluarga dipercayai anggota Geng Syed yang disyaki terlibat dalam pengedaran dadah di negeri Johor ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor, menerusi empat serbuan berasingan di Johor Bahru dan Iskandar Puteri, kira- kira jam 7 pagi tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tujuh suspek dalam keluarga berkenaan terdiri daripada suami, isteri, dua anak lelaki, seorang anak perempuan, seorang menantu lelaki dan menantu perempuan warganegara Thailand berusia lingkungan 35 hingga 64 tahun.

"Suspek utama dikenali sebagai Syed pernah dipenjara selama 10 tahun dan dibebaskan pada 2013 atas kesalahan dadah.

Dadah yang dirampas hasil serbuan yang dijalankan di Johor Bahru dan Iskandar Puteri ke atas sindiket pengedaran dadah Geng Syed.
Dadah yang dirampas hasil serbuan yang dijalankan di Johor Bahru dan Iskandar Puteri ke atas sindiket pengedaran dadah Geng Syed.

"Hasil ujian air kencing mendapati seorang suspek positif dadah dan dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor di sini, hari ini.

Menurut Ayob, sindiket itu dipercayai aktif sejak tahun lalu dengan mendapatkan bekalan dadah dari Thailand untuk pasaran tempatan.

"Dengan tertangkapnya geng Syed ini, polis berjaya merampas dadah sebanyak 109 kilogram ( kg) ganja bernilai RM272,5000, lima buah kereta bernilai RM269,000 dan tiga buah motosikal bernilai RM15,000 disita.

Barang yang dirampasa daripada sindiket pengedaran dadah Geng Syed.
Barang yang dirampasa daripada sindiket pengedaran dadah Geng Syed.

"Selain itu wang tunai RM23,190 dan wang tunai SGD170, pelbagai barangan kemas bernilai RM178,640 disita dan nilai keseluruhan sitaan sebanyak RM486,340," tambah beliau.

Menurutnya, semua suspek direman bermula esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!