X

Kindly register in order to view this article
!

Pengkaji diminta manfaat bahan di Arkib Negara

Sultan Nazrin Shah berkenan melihat bahan arkib yang dipamerkan di galeri selepas baginda merasmikan bangunan Arkib Negara Malaysia negeri Perak di Meru di sini hari ini. Turut mengiringi ialah Nancy (empat dari kiri). Foto Bernama
A
A

IPOH - Arkib Negara mengalu-alukan pengkaji, peminat sejarah serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memanfaatkan bahan dan kemudahan ditawarkan oleh Arkib Negara Malaysia negeri Perak.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, terdapat sebanyak 22,728 rekod sehingga kini yang disimpan di Arkib Negara Malaysia Negeri Perak didaftarkan dalam aplikasi Computerised Archival System and Services (Compass).

Menurut Nancy, rekod tersebut terdiri daripada rekod-rekod rasmi jabatan kerajaan negeri Perak meliputi persekutuan, negeri, badan berkanun dan kerajaan tempatan.

"Arkib Negara Malaysia negeri Perak turut menyimpan rekod-rekod tidak rasmi seperti rekod NGO, persatuan, rekod-rekod agensi swasta, orang perseorangan dan surat-surat persendirian.

"Arkib Negara Malaysia bersedia bekerjasama meneroka dan menghasilkan kajian-kajian sejarah baharu untuk diterbitkan bagi tatapan generasi akan datang," katanya ketika menyampaikan sembah ucapan sempena Majlis Perasmian Bangunan Arkib Negara Malaysia Negeri Perak, Bandar Meru di sini hari ini.

Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Bangunan Arkib Negara Malaysia Negeri Perak yang dirasmikan Sultan Nazrin Shah hari ini. Foto Bernama
Bangunan Arkib Negara Malaysia Negeri Perak yang dirasmikan Sultan Nazrin Shah hari ini. Foto Bernama

Sementara itu, Nancy berkata, pihaknya berharap dengan adanya bangunan tersebut dapat membantu kerajaan negeri dan rakyat Perak dalam memelihara sejarah warisan negara.

Menurutnya, Arkib Negara juga akan menggandakan usaha bagi memasyarakatkan bahan-bahan arkib tersebut sama ada melalui penerbitan, pameran dan sebagainya.

"Segala khazanah sejarah dan bahan arkib yang ada di sini perlu diketengahkan supaya warisan sejarah ini dapat dihayati oleh anak cucu kita di kemudian hari.

"Kami akan sentiasa memberi sokongan ke arah memperkembangkan lagi khazanah warisan sejarah kita untuk dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat," katanya.

Arkib Negara Malaysia negeri Perak telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1993 yang ketika itu dikenali sebagai Arkib Negara Malaysia Cawangan Perak bertempat di Tingkat 9, Bangunan Seri Kinta, Jalan Sultan Idris Shah di sini.

Pada Oktober 2019, Arkib Negara Malaysia negeri Perak beroperasi sepenuhnya di bangunan baharu di Persiaran Meru Utama, Bandar Meru Raya di sini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!