X

Kindly register in order to view this article
!

Banjir: PPS dibuka 40 mangsa terjejas

Banjir kilat yang berlaku disebabkan limpahan air Sungai Linggi, Negeri Sembilan pagi tadi.
A
A

SEREMBAN - Seramai 40 individu membabitkan lapan buah keluarga dari dua kampung di Rantau di sini, terpaksa dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air dalam kejadian banjir kilat pada pagi tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Seremban dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan yang terlibat ialah Kampung Sega Hilir dan Kampung Pasir di sini.

Banjir kilat yang berlaku disebabkan limpahan air Sungai Linggi, Negeri Sembilan pagi tadi 2..
Banjir kilat yang berlaku disebabkan limpahan air Sungai Linggi, Negeri Sembilan pagi tadi 2..

Menurutnya, kesemua mangsa telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sega Hilir.

“PPS telah dibuka pada jam 7.30 pagi tadi bagi menempatkan kesemua mangsa yang terjejas.

"Banjir kilat yang berlaku disebabkan limpahan air Sungai Linggi.

“Bagaimanapun kesemua mangsa selamat dikeluarkan dan keadaan ketika ini adalah terkawal dan air di kediaman mangsa masih dalam keadaan statik,” katanya.

Anggota APM membuat pemeriksaan suhu badan di PPS.
Anggota APM membuat pemeriksaan suhu badan di PPS.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!