Akaun Facebook lama disalah guna, Armada NS buat laporan polis

Armada Negeri Sembilan membuat laporan polis berhubung akaun Facebook lama parti itu yang disalahgunakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban malam tadi.
Armada Negeri Sembilan membuat laporan polis berhubung akaun Facebook lama parti itu yang disalahgunakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban malam tadi.
A
A
A

SEREMBAN - Armada Negeri Sembilan membuat laporan polis berhubung laman Facebook 'Armada Bersatu PPBM' yang disalahgunakan oleh bekas ahli parti berkenaan.

Ketua Penerangannya, Mohd Farit Hamzah berkata, akaun Facebook itu merupakan akaun lama dan tidak lagi dijadikan sebagai suara rasmi parti itu di media sosial.

"Akaun itu dipercayai dikendalikan oleh bekas Ketua Penerangan Armada yang kini telah pun keluar parti.

"Kepimpinan parti dan saya sendiri cuba mendapatkan akses kepada akaun tersebut daripada individu terbabit tetapi gagal kerana dia enggan memberi kerjasama," katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban malam tadi.

x-defaultArmada Negeri Sembilan membuat laporan polis berhubung akaun Facebook lama parti itu yang disalahgunakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban malam tadi.
x-defaultArmada Negeri Sembilan membuat laporan polis berhubung akaun Facebook lama parti itu yang disalahgunakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban malam tadi.

Menurutnya, pihaknya mendapati akaun lama berkenaan telah digunakan untuk memperdayakan orang ramai dan membuat hantaran yang tidak mewakili suara rasmi parti.

Beliau berkata, ia juga telah memuat naik mesej yang mencetuskan ketidakstabilan politik antara pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional dan penyokong.

"Kita dapati akaun itu memberi gambaran dan penyebaran palsu yang berniat jahat serta memperolokkan individu tertentu termasuk Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan:

"Saya harap pihak polis mengambil tindakan terhadap pengendali akaun tersebut," katanya

Jelas beliau, Armada telah menggunakan akaun Facebook yang baharu iaitu 'Armada Bersatu Malaysia' untuk menyampaikan segala maklumat atau pandangan.

>