X

Kindly register in order to view this article
!

Bekalan air di Petaling pulih sepenuhnya

Laporan Sinar Harian semalam.
A
A

KUALA LUMPUR - Bekalan air pulih sepenuhnya di semua kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual di daerah Petaling, sejak malam tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata, kerja-kerja pembaikan paip pecah yang dijalankan di Persiaran Mimbar, Bukit Jelutong, Shah Alam dekat sini telah selesai pada jam 2.50 pagi tadi.

"Berikutan kerja-kerja pembaikan siap lebih awal daripada dijadualkan, bekalan air telah pulih sepenuhnya di semua kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengguna yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu boleh melayari semua medium laman sosial Air Selangor termasuk di Twitter, Facebook, Instagram dan laman webnya.

Kira-kira 11 malam semalam, sebanyak 29 kawasan di daerah Petaling mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah di Persiaran Mimbar.

Kawasan tersebut melibatkan Bandar Kinrara 1, 2, 3, 4, 5 dan 9, Jalan Puchong Batu 7 hingga Jalan Puchong Batu 13, Kampung Bohol, Jalan Kenari, PJS 1 hingga PJS 11, Kampung Lembah Kinrara dan Puchong Mesra. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: 29 kawasan di daerah Petaling berdepan gangguan air


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!