X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Dua lagi rakyat Malaysia positif di Singapura

Covid-19
A
A

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan bahawa dua daripada tiga kes di dalam komuniti yang diumumkan terdahulu hari ini, adalah rakyat Malaysia.

Menurutnya seorang daripada mereka adalah lelaki berumur 23 tahun yang dikenal pasti sebagai kontak kes yang disahkan sebelum ini, dan telah dikuarantin.

"Dia diuji semasa menjalani kuarantin bagi menentukan statusnya walaupun tiada gejala penyakit dikesan (asymptomatic)," menurut kementerian itu dalam data penuh yang dikeluarkan di sini.

Seorang lagi adalah wanita rakyat Malaysia berumur 31 tahun, dan setakat ini tiada kaitan dengan kes berkenaan.

Menurut kementerian itu kes berkenaan dikesan semasa pelaksanaan ujian komuniti yang ditingkatkan, khusus bagi menguji semua individu berumur 13 tahun dan keatas yang didiagnosis dengan jangkitan pernafasan akut (ARI) semasa diperiksa kali pertama oleh doktor.

ARTIKEL BERKAITAN: Hishammuddin jalani tempoh kuarantin 14 hari

Kedua-dua kes itu menjadikan rakyat Malaysia yang dijangkiti di negara republik berkenaan minggu ini, kini berjumlah lima, dan kesemua mereka adalah pemegang pas kerja.

Singapura terdahulu dalam laporan awal hari ini mengesahkan tambahan 23 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kes keseluruhan ini adalah 57,765.

Daripada 23 kes itu, empat adalah kes import manakala 16 melibatkan pekerja migran yang menghuni asrama. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!