1,978 burung bernilai RM279,960 dirampas

Muhammad Abdul Halim (kanan) bersama Pengarah Kuatkuasa Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perhilitan Malaysia, Dr Pazil Abdul Patah (kiri) ketika menunjukkan burung yang dirampas selepas sidang media Ops Khazanah di Jabatan Perhilitan Malaysia hari ini
.
Muhammad Abdul Halim (kanan) bersama Pengarah Kuatkuasa Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perhilitan Malaysia, Dr Pazil Abdul Patah (kiri) ketika menunjukkan burung yang dirampas selepas sidang media Ops Khazanah di Jabatan Perhilitan Malaysia hari ini
.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,978 burung daripada 22 spesies yang dilindungi dianggarkan bernilai RM279,960 dirampas dalam tiga siri serbuan di sini dan Johor, antara Januari sehingga 28 September lepas.

Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Muhammad Abd Halim berkata, tiga lelaki berusia antara 27 dan 49 tahun turut ditahan dalam serbuan oleh PGA dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menerusi Ops Khazanah itu.

Beliau berkata, operasi pertama dilakukan di sebuah pusat simpanan di Senggarang, Johor, pada 1 Januari lepas yang membawa kepada rampasan 1,825 ekor burung dilindungi dari spesies murai kampung dan murai batu, yang dianggarkan bernilai RM120,300.

Katanya, dalam serbuan kedua di sebuah rumah di Setapak pada 24 Ogos pula, pihaknya merampas 90 ekor burung daripada lapan spesies dilindungi termasuk ruak-ruak, burung serindit serta kelicap kunyit yang dianggar bernilai RM70,460, dan menahan dua lelaki berusia antara 27 dan 40 tahun.

"Dalam serbuan ketiga, juga di sebuah rumah di Setapak pada 28 Sept, 63 burung daripada 12 spesies yang dilindungi termasuk burung daun, merbah lekir dan beberapa spesies lain dianggarkan bernilai kira-kira RM89,200 dirampas daripada seorang lelaki berusia 49 tahun,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.- Bernama

Artikel Berkaitan: