JDT tak pandang mudah Sabah

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora.
Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora.
A
A
A

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) selaku juara bertahan CIMB Liga Super tidak akan mengambil mudah ketika pertemuan dengan Sabah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, Jumaat ini.

Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora menjelaskan, walaupun Harimau Selatan hanya memerlukan satu mata sahaja untuk mengekalkan kejuaraan CIMB Liga Super yang mereka pegang sejak 2014, namun skuad Tambadau itu mampu untuk menggagalkan peluang mereka menjulang piala itu awal jika pemainnya melakukan kesilapan mudah ketika perlawanan.

“Sebagai jurulatih, saya sentiasa mahukan pasukan saya menang semua perlawanan, tetapi secara realitinya, kita tidak boleh untuk sentiasa menang. Nilai positif yang kami boleh bawa pada perlawanan seterusnya ialah kita mempunyai peluang yang besar untuk merangkul piala tersebut awal.

“Bermain di padang sendiri dengan kehadiran pemilik kelab (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) tentunya akan meningkatkan lagi semangat pemain untuk bermain dengan terbaik,” kata Mora yang dilaporkan dalam satu kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia.

JDT kini mendahului kedudukan CIMB Liga Super dengan mengumpulkan 23 mata daripada sembilan perlawanan manakala Perak di tempat kedua dengan 17 mata selepas mencatatkan lima kemenangan, dua seri dan dua kekalahan. - Bernama

Artikel Berkaitan: