Kelantan catat dua kes baharu Covid-19

Dr Izani Husin
Dr Izani Husin
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan mencatatkan dua lagi pertambahan kes baharu jangkitan koronavirus (Covid-19).

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, pertambahan dua kes baharu berkenaan menjadikan jumlah empat kes Covid-19 dalam rawatan di negeri ini.

“Dimaklumkan terdapat dua kes baharu jangkitan Covid-19 pada hari ini di negeri Kelantan.

“Kes saringan kontak rapat kes sah (kes tempatan). (Menjadikan) keseluruhan empat kes aktif,” katanya menerusi Facebooknya di sini.

Sebelum ini pada Rabu lalu, Kelantan mencatatkan kes terbaharu Covid-19 membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun yang mempunyai sejarah bercuti ke Kota Kinabalu dan Kundasang, Sabah bermula 19 hingga 22 September lalu.

Kelmarin pula seorang lagi disahkan positif Covid-19 yang mana berkait dengan saringan berisiko luar negeri (Sabah) dan kini dirawat di Hospital Tumpat.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menerusi Facebook rasminya semalam turut memberi peringatan kepada umum untuk terus mengutamakan kebersihan diri.

"Orang ramai dinasihatkan untuk kerap basuh tangan dengan air, sabun dan gunakan cecair pembasmi kuman.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, perlu mengamalkan penjarakkan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan elakkan 3S (sesak, sempit, sembang dekat). Bersama-sama putuskan jaringan Covid-19," katanya.