X

Kindly register in order to view this article
!

Selangor bakal umum langkah tangani peningkatan Covid-19

Amirudin Shari
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri mengambil langkah segera dengan memanggil Selangor Task Force Covid-19 dan Jawatankuasa Majlis Keselamatan Negeri susulan peningkatan kes pandemik koronavirus (Covid-19) di negeri ini.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya sentiasa memantau keadaan semasa berhubung jumlah kes Covid-19 di Selangor.

"Berikutan peningkatan kes yang ketara, saya telah memanggil Selangor Task Force Covid-19 (STFC) dan Jawatankuasa Majlis Keselamatan Negeri bagi membincangkan tindakan selanjutnya.

"Kerajaan Negeri akan mengumumkan beberapa langkah proaktif bagi menangani isu tersebut pada kadar segera," katanya menerusi perkongsian di Facebook rasminya di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan nilai kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di Selangor meningkat kepada 1.95 melepasi paras kritikal iaitu 1.6 susulan peningkatan kes beberapa hari kebelakangan ini.

Menurut Dr Noor Hisham, jumlah kes baharu dicatatkan antara 10 hingga 15 kes berbanding dua hingga tiga kes sebelumnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!