Joachim mulakan tugas rasmi di Kementerian Pembangunan Perindustrian

Joachim ketika mendengar taklimat mengenai fungsi Kementerian Pembangunan Perindustrian di pejabat Kementerian Pembangunan Perindustrian di Wisma Kewangan, Kota Kinabalu pagi tadi.
Joachim ketika mendengar taklimat mengenai fungsi Kementerian Pembangunan Perindustrian di pejabat Kementerian Pembangunan Perindustrian di Wisma Kewangan, Kota Kinabalu pagi tadi.
A
A
A

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri 3, Datuk Dr Joachim Gunsalam yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian memulakan tugas rasmi di pejabat Kementerian Pembangunan Perindustrian di Wisma Kewangan di sini pada jam 10 pagi semalam.

Sebaik melapor diri, Joachim mengadakan sesi suai kenal bersama kakitangan kementerian berkenaan seterusnya mendengar taklimat berhubung fungsi kementerian.

"Saya telah selesai melapor diri tadi jam 10 pagi dan diberikan taklimat berhubung fungsi Kementerian Pembangunan Perindustrian. Selepas itu saya terus ke Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) untuk hadir satu program di sana.

"Selepas taklimat tadi, saya akan lihat lagi beberapa hala tuju kementerian yang baik untuk kesejahteraan rakyat. Sudah pasti mana-mana polisi yang baik sebelum ini, kita akan teruskan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Joachim berkata, selain polisi baik untuk rakyat, beliau juga akan mengutamakan program dan aktiviti bermanfaat untuk rakyat di Sabah.

Artikel Berkaitan: