Mayat wanita reput dalam semak

Mayat wanita ditemukan dalam kawasan semak di Jalan PJU 9/1, Bandar Sri Damansara hari ini.
Mayat wanita ditemukan dalam kawasan semak di Jalan PJU 9/1, Bandar Sri Damansara hari ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Mayat wanita yang telah reput dipercayai mati lebih seminggu lalu ditemukan dalam kawasan semak di Jalan PJU 9/1, Bandar Sri Damansara di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kes itu daripada seorang pengurus kontraktor pembinaan kira-kira jam 1.15 petang.

"Pengurus kontraktor pembinaan itu memaklumkan terhidu bau busuk dan menjumpai mayat mangsa semasa menjalankan kajian untuk projek pembentungan di kawasan semak bersebelahan sungai," katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian di sini hari ini.

Nik Ezanee berkata, pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai sudah mati dalam tempoh seminggu hingga dua minggu berdasarkan keadaan mayat yang sudah reput.

"Mayat wanita itu ditemui dalam keadaan mengiring dan ditutup dengan kain.

"Kita juga tidak menemui sebarang dokumen peribadi milik mangsa. Setakat ini, kita tidak menolak sebarang unsur jenayah dan siasatan masih diteruskan," katanya.

Jelasnya, mayat wanita itu dibawa naik dari ketinggian kira-kira 20 meter oleh anggota Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh.

"Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Mohd Hafizee Ismail di talian 013-358 7571 atau hadir ke balai polis berdekatan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat reput dalam telaga