Othman tamat kontrak sebagai Pengarah Besar Felda

Dr Othman Omar
Dr Othman Omar
A
A
A

SHAH ALAM - Pengarah Besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Datuk Dr Othman Omar menamatkan tempoh perkhidmatannya hari ini selepas dua tahun memegang jawatan tersebut.

Unit Komunikasi Korporat Felda dalam satu kenyataan akhbar berkata, sepanjang tempoh perkhidmatan Othman di Felda, beliau telah menerajui usaha-usaha pemulihan Felda dan menggerakkan pelaksanaan Kertas Putih Felda.

"Beliau telah menzahirkan komitmen tinggi dalam menjayakan Program Pembangunan Peneroka (PPP) untuk mempelbagaikan dan meningkatkan pendapatan warga peneroka selain mengurangkan kebergantungan pada komoditi sawit dan getah.

"Seluruh ahli lembaga pengarah, pengurusan serta petugas Felda menyampaikan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan atas sumbangan dan jasa beliau selama memimpin organisasi ini," jelas kenyataan itu.

Kenyataan sama menyebut, Felda turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Othman dan mendoakan kesihatan, kesejahteraan serta kejayaan beliau dalam penglibatan beliau seterusnya.

Selain itu, Felda akan mengumumkan pelantikan pengarah besar yang baharu dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan: