FAM luluskan penswastaan Kelantan FC

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah meluluskan penswastaan pasukan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kelantan FA) kepada Kelab Bola Sepak Kelantan (Kelantan FC) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M).
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah meluluskan penswastaan pasukan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kelantan FA) kepada Kelab Bola Sepak Kelantan (Kelantan FC) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M).
A
A
A

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah meluluskan penswastaan pasukan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kelantan FA) kepada Kelab Bola Sepak Kelantan (Kelantan FC) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Husin Deraman yang mengesahkan perkara itu berkata, KAFA telah menerima surat kelulusan itu daripada FAM hari ini.

“FAM melalui pasukan Petugas ‘Pro Football’ telah mengkaji proses penswastaan Kelantan FA, yang kini beraksi untuk saingan Piala Premier.

“Surat itu memaklumkan kepada Kelantan FA bahawa FAM meluluskan dan mengakui selesai proses penswastaan Kelantan FA ke Kelab Bola Sepak Kelantan, iaitu selepas ini akan menjadi Kelantan FC,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pasukan Kelantan atau The Red Warriors (TRW) ketika ini diuruskan 100 peratus oleh Syarikat Team Red Warriors (TRW) Sdn Bhd, yang mana sahamnya dibeli sepenuhnya oleh usahawan Norizam Tukiman,

Sementara itu pemilik Kelantan FC Norizam berkata, beliau berterima kasih kepada pasukannya yang telah bekerja keras, bagi memastikan pasukan Kelantan diluluskan penswastaannya selepas ia diambil alih daripada KAFA.

“Terima kasih kepada pasukan saya, rakan kongsi, kakitangan, ahli keluarga, penyokong yang bekerja dan memberi sokongan, untuk mengembalikan kegemilangan pasukan bola sepak Kelantan.

“KAFA turut membantu kami untuk menyelesaikan urusan ini yang menjadi perkara penting...ada mereka yang sanggup berkorban kerja 24 jam buat kerja sampai pagi, bagi memastikan setiap urusan berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi.- Bernama

Artikel Berkaitan: