Galak anggota polis temui komuniti sebelum balik rumah

Nik Ezanee berdiri belakang (enam dari kiri) pada Program Ramah Mesra Komuniti Bersama Ketua Polis Daerah Petaling Jaya anjuran Exora Owner's Car Club Malaysia (EOCM)-GT Crew dan Persatuan Prihatin Komuniti Damansara Damai baru-baru ini.
Nik Ezanee berdiri belakang (enam dari kiri) pada Program Ramah Mesra Komuniti Bersama Ketua Polis Daerah Petaling Jaya anjuran Exora Owner's Car Club Malaysia (EOCM)-GT Crew dan Persatuan Prihatin Komuniti Damansara Damai baru-baru ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Anggota dan pegawai polis di bawah Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Petaling Jaya mempunyai cara tersendiri dalam mendekati masyarakat setempat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, setiap anggota di bawah pentadbirannya digalakkan untuk bertemu komuniti di sektor masing-masing sebelum pulang dari bertugas setiap hari.

Menurut Nik Ezanee, langkah itu merupakan salah satu peranan bagi memastikan setiap anggota mengenali ketua masyarakat, persatuan penduduk dan komuniti di kawasan seliaan masing-masing.

"Saya sendiripun praktikkan cara ini sebelum masuk kerja dan sebelum pulang dari kerja saya akan berjumpa dan melawat komuniti, sebab itu saya galakkan anggota saya buat perkara yang sama," katanya kepada pemberita pada Program Ramah Mesra Komuniti Bersama Ketua Polis Daerah Petaling Jaya di Damansara Damai baru-baru ini.

Menurutnya bagi anggota beragama Islam peluang ini harus diambil dengan cara bersolat dan menghadiri program ilmu di surau dan masjid masing-masing.

Mengulas lanjut mengenai program anjuran Exora Owner's Car Club Malaysia (EOCM)-GT Crew dengan kerjasama Persatuan Prihatin Komuniti Damansara Damai beliau berkata program berkenaan dilihat mencapai objektifnya.

"Empat kawasan apartmen telah saya lawat (Apartmen Idaman, Suria, Lestari, Sri Embun) ini merupakan permulaan yang baik dan program seperti ini juga kita telah mulakan dan menjadi acara penting pada setiap hari Sabtu untuk kami bertemu masyarakat di Petaling Jaya," katanya.

Artikel Berkaitan: