Kata semangat Kamal Adli buat Emma Maembong

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Kamal Adli yang pernah rapat dengan Emma Maembong yang trending sejak semalam telah meninggalkan kata-kata ringkas buat pelakon cantik kecil molek itu.

“Stay strong ya. ALLAH kan ada,” tulis Kamal.

Kata-kata semangat Kamal ini walaupun ringkas tetapi telah mendapat perhatian daripada pengikut mereka.

Semalam, hangat diperkatakan mengenai gambar Emma tidak bertudung bersama seorang lelaki yang tersebar di media sosial.

Emma juga mengakui bahawa gambar tersebut merupakan dirinya dan meminta maaf di atas kesilapannya itu.

Artikel Berkaitan: