X

Kindly register in order to view this article
!

Angkara putung rokok, setengah ekar bukit terbakar

Kawasan bukit yang terbakar di Pintu Masuk Presint 14, Putrajaya.
A
A

PUTRAJAYA - Gara-gara putung rokok yang dipercayai dibuang oleh pengguna jalan raya, sebuah bukit dengan keluasan setengah ekar terbakar di Pintu Masuk Presint 14 dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Che Shaari Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.14 pagi tadi sebelum sebuah jentera bomba bersama-sama lapan anggota telah dikejarkan ke lokasi.

"Kita percaya ia disebabkan putung rokok. Cuaca yang panas dan kering menyebabkan ia mudah merebak," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, selain bimbang kebakaran merebak ke kawasan lebih luas, terdapat pencawang elektrik lokasi berkenaan.

Pasukan Bomba dan Penyelamat berusaha memadamkan api di kawasan bukit dekat Putrajaya hari ini.
Pasukan Bomba dan Penyelamat berusaha memadamkan api di kawasan bukit dekat Putrajaya hari ini.

"Bagaimanapun kerja-kerja pemadaman berjaya dilakukan dan diselesaikan sekitar jam 1.15 petang," katanya.

Dalam pada itu, Che Shaari menasihati orang awam agar tidak membuang putung rokok merata-rata.

"Sekarang musim panas, semak belukar rumput jadi kering, ia boleh menyebabkan kebakaran cepat merebak.

"Keindahan Putrajaya perlu dijaga sepenuhnya dan ia tanggungjawab kita semua," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!