X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Jeffrey Kitingan tangguh lapor diri, masuk pejabat

Dr Jeffrey Kitingan. - Foto Bernama
A
A

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri 2, Datuk Dr Jeffrey Kitingan terpaksa menangguhkan tugas rasminya pada hari pertama di Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan negeri yang sepatutnya melapor diri bagi tugasan rasmi hari pertama turut terpaksa membatalkan hasrat tersebut.

Ia berikutan terdapat satu kes kontak rapat berkaitan pandemik koronavirus (Covid-19) di Bangunan Wisma Pertanian yang turut menempatkan pejabat Dr Jeffrey yang menyebabkan kawasan bangunan tersebut terpaksa dinyahkuman.

Difahamkan, Dr Jeffrey sempat tiba di pekarangan Wisma Pertanian tersebut, namun beredar selepas dimaklumkan mengenai perkara berkenaan dan selepas itu mengadakan perjumpaan bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) jam 12 tengah hari tadi.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!