KKM cadang 'lockdown' Kota Kinabalu: Bung Moktar

BUNG MOKTAR
BUNG MOKTAR
A
A
A

KOTA KINABALU - Daerah Kota Kinabalu dicadangkan dikenakan lockdown berikutan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di kawasan tersebut.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, cabaran utama kerajaan baharu yang dibentuk adalah untuk menangani masalah penularan Covid-19.

"Kota Kinabalu kini zon merah. Kerajaan meminta untuk melaksanakan lockdown di seluruh Kota Kinabalu.

"Jadi ia adalah penting, cabaran kami adalah menangani Covid-19. Mudah-mudahan penyakit ini tidak merebak ke daerah lain dan dapat dikawal," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN Sabah cadang 'lockdown' zon merah

Mengulas lanjut berhubung cadangan mengenakan perintah berkurung di Kota Kinabalu, beliau berkata, ia adalah cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Itu adalah cadangan, ia penting kerana Covid-19 merebak dengan cepat.

"Ia adalah dari KKM tetapi bergantung pada kelulusan daripada kerajaan Pusat. Kalau dilihat virus Covid-19 masih boleh terkawal, saya rasa tidak akan (lockdown), tetapi di pihak lain tiada pilihan demi melindungi rakyat adalah keutamaan," katanya.

Kota Kinabalu setakat semalam mencatat sebanyak 104 kes Covid-19 dan empat daerah yang dikategorikan sebagai zon merah iaitu Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dicadang dikenakan PKP berikutan peningkatan kes di kawasan berkenaan.

Artikel Berkaitan: