Sila log masuk terlebih dahulu.

Catur politik: Demi rakyat atau kepentingan peribadi?

30 September 2020 | Wacana
A
A
A

BARU-BARU INI, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media menyatakan beliau mempunyai majoriti sokongan hampir dua pertiga ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu. Pengumuman itu dibuat ketika hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hanya berbaki tiga hari sahaja lagi.

Berikutan itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih kukuh dan beliau masih lagi Perdana Menteri.

Walau apapun percaturan beliau, persoalannya mampukah Anwar menggugat kerajaan PN? Apakah impak 'permainan' politik ini kepada rakyat?

Sama-sama kita wacanakan jam 8.30 malam, 29 September 2020 (Selasa) di semua platform media sosial kami.