X

Kindly register in order to view this article
!

JKM cari waris bayi perempuan

JKM mencari waris bayi perempuan yang ditinggalkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang sejak Julai lalu.
A
A

ROMPIN- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta bantuan orang ramai untuk mengesan waris seorang bayi perempuan berusia dua bulan yang menjadi mangsa pengabaian.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Rompin, Mohd Fadzli Ismail berkata, bayi terbabit ditinggalkan ibunya selepas dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada 10 Julai lalu.

Menurutnya, ibu bayi itu dikenali dengan nama Meri Saskia atau Jariyah Saudi telah menghilangkan diri ketika dirawat di hospital berkenaan dan gagal menuntut bayinya sehingga kini.

"Ibu bayi itu adalah warga asing dan tiada butiran lanjut berkaitan termasuk usianya. Bayi berkenaan kini dalam keadaan sihat selepas pihak HTAA merujuk kepada JKM pada 13 Ogos lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Fadzli berkata, bayi perempuan berkenaan diselamatkan dan kini ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan mengikut Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jelasnya, JKM juga menerima kebenaran mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 oleh Majistret Mahkamah Rompin pada 3 September lalu untuk melakukan siaran media.

"Kami ingin mengesan waris kepada bayi ini bagi tujuan siasatan lanjut serta tindakan seterusnya yang perlu dilakukan mengikut undang-undang.

"Waris atau kenalan serta orang awam yang mengenali ibu kandung bayi terbabit boleh menghubungi Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Rompin di talian 09-4145278," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!