Pengarah urusan direman guna dokumen tender palsu RM22 juta

Suspek (kiri) dibawa oleh anggota SPRM ke lokap Mahkamah Alor Setar untuk mendapatkan perintah reman hari ini.
Suspek (kiri) dibawa oleh anggota SPRM ke lokap Mahkamah Alor Setar untuk mendapatkan perintah reman hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang pengarah urusan sebuah syarikat kerja-kerja pembersihan direman tujuh hari kerana didakwa mengemukakan dokumen palsu memasuki tender sebuah kementerian bernilai RM22 juta pada Julai 2018.

Suspek ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah restoran di Kajang, Selangor kira-kira jam 12 tengah hari semalam, dikatakan telah dianugerahkan projek tersebut oleh kementerian berkenaan pada tahun 2018.

Lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai telah mengarah dan memaksa dua orang kakitangannya membuat penyata bank dan cop palsu bagi tujuan memasuki tender di sebuah jabatan di Kedah.

Suspek yang dibawa dari Kajang ke Alor Setar pagi tadi telah ditahan reman selama tujuh hari sehingga 6 Oktober depan dan perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Jamaluddin Alias.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap kemudian mengesahkan perkara tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: