X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 21 Oktober 2021

Hajiji mula tugas sebagai Ketua Menteri Sabah

Hajiji memulakan tugas secara rasmi di pejabatnya di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Kota Kinabalu hari ini. Foto Bernama
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor memulakan tugas rasmi di pejabatnya di Jabatan Ketua Menteri Sabah (JKM), Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, di sini pagi ini.

Hajiji yang mengenakan bush jacket coklat muda mengimbas jari sambil tersenyum kepada petugas media sebelum memasuki pejabatnya dan mengadakan perbincangan dengan pegawai JKM.

Beliau dijadual menghadiri beberapa pertemuan hari ini antaranya dengan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan selain beberapa mesyuarat dan perbincangan.

Semalam, Hajiji, 65, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16 di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada istiadat di Istana Negeri Sabah.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16, Sabtu lepas apabila memperoleh 38 daripada keseluruhan 73 kerusi DUN negeri ini. -Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!