Kes saman sivil Altantuya ditangguh

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Perbicaraan saman sivil kes bunuh warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Tinggi di sini yang sepatutnya berjalan hari ini ditangguhkan selepas pihak pembelaan dan pendakwaan memohon masa untuk meneliti kenyataan saksi baru.

Perkara itu dimaklumkan peguambela Sangeet Kaur Deo kepada pemberita selepas berjumpa Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera di kamarnya bersama pihak pendakwaan.

"Sepatutnya, hari ini dua saksi baru memberi keterangan namun ditangguhkan kerana beberapa perkara termasuk pihak pembelaan dan pendakwaan memerlukan masa untuk meneliti dokumen (kenyataan saksi). Perbicaraan akan disambung esok pada pukul 10 pagi," katanya.

Bagaimanapun, nama Altanshagai Munkhtulga digugurkan sebagai plantif kerana beliau meninggal dua tahun lepas.

Dalam kenyataan tuntutan, keluarga berkenaan mendakwa kematian Altantuya telah menyebabkan kejutan mental dan trauma psikologi, melayakkan mereka diberi pampasan dengan teladan dan kerosakan teruk.- Bernama

Artikel Berkaitan: