Kerani didakwa tipu terlibat kemalangan

Uma Devi (dua dari kiri) bersama pegawai Perkeso di Kompleks Mahkamah Seremban hari ini.
Uma Devi (dua dari kiri) bersama pegawai Perkeso di Kompleks Mahkamah Seremban hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang kerani di sebuah ladang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan palsu bayaran faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lalu.

Bagaimanapun, S Uma Devi, 24, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Norzaliza Tesmin.

Uma Devi dituduh membuat pernyataan palsu terlibat dalam kemalangan pada 11 Mei 2019, kira-kira jam 9.10 malam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja di IOI Plantation Sdn Bhd Ladang Regent di Gemencheh, Tampin dekat sini.

Perbuatan dilakukan pada 9 Julai 2019 di Perkeso Negeri Sembilan itu didakwa mengikut Seksyen 93(a) Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan 1969 (Akta 4) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 93 akta sama.

Jika sabit kesalahan, Uma Devi boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian menetapkan kes itu disebut semula pada 28 Oktober ini untuk serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Perkeso, Mohd Shahir Abd Malit dan tertuduh diwakili peguam Aravind Raj.

Artikel Berkaitan: