Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS

Ringgit meneruskan aliran meningkat semalam berikutan permintaan terhadap unit tempatan terus mendorong kepada aliran tersebut dalam persekitaran dolar AS yang defensif.
Ringgit meneruskan aliran meningkat semalam berikutan permintaan terhadap unit tempatan terus mendorong kepada aliran tersebut dalam persekitaran dolar AS yang defensif.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit meneruskan aliran meningkat semalam berikutan permintaan terhadap unit tempatan terus mendorong kepada aliran tersebut dalam persekitaran dolar AS yang defensif.

Pada 9.06 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1540/1590 berbanding dolar AS daripada 4.1540/1590 semalam.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes berkata, unit tempatan menyaksikan peningkatan dalam kedudukan panjang berikutan peniaga segera menjadikan senarai pemantauan Indeks Bon Kerajaan Global (WGBI) dan kebimbangan mengenai politik sebagai keutamaan yang rendah berikutan minat terhadap ringgit menjejaki dolar AS, yang diniagakan rendah semalaman.

“Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dalam pulangan sebenar terus dilihat menarik.

“Dengan mata wang yang masih mengejar mata wang serantau, ia menarik perhatian yang menggalakkan,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, Innes berkata, harga minyak yang merosot boleh membayangi pandangan hari ini seperti keputusan pengundian selepas debat, berikutan gambaran yang kukuh untuk penyandang (Presiden Donald Trump) boleh membawa kepada respons dolar AS yang lebih teguh.

Harga minyak terus berada di bawah tekanan dalam persekitaran inventori petrol yang meningkat.

Ringgit turut diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Artikel Berkaitan:

Ia naik berbanding yen kepada 3.9272/9340 daripada 3.9333/9388 semalam dan tinggi berbanding pound kepada 5.3379/3464 daripada 5.3420/3501.

Mata wang tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0349/0395 daripada 3.0323/0367 pada Selasa dan berbanding euro kepada 4.8760/8847 daripada 4.8569/8640. -Bernama