X

Kindly register in order to view this article
!

Joe Biden bayar cukai lebih banyak berbanding Trump

Joe Biden dan isterinya, Jill membayar cukai pendapatan Persekutuan sebanyak AS$299,346 (RM1,243,632.96) untuk tahun 2019. - Foto AFP
A
A

WASHINGTON - Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada parti Demokrat, Joe Biden mendedahkan data cukainya untuk empat tahun terakhir semalam beberapa jam sebelum beliau berdebat dengan Presiden AS, Donald Trump yang menghadapi kritikan kerana tidak membayar hampir kesemua cukai Persekutuan.

Bekas Naib Presiden dan isterinya, Jill Biden iaitu seorang pendidik membayar cukai pendapatan Persekutuan sebanyak AS$299,346 (RM1,243,632.96) untuk tahun 2019, menurut borang difailkan Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri yang didedahkan pengendali kempen Biden.

Jumlah itu berbeza dengan Trump yang dikenali sebagai seorang bilionair tetapi hanya membayar cukai pendapatan Persekutuan sebanyak AS$750 (RM3,115.87), kata laporan yang mengejutkan daripada akhbar New York Times

Biden dilaporkan membayar berjuta-juta dolar dalam bentuk cukai pada tahun 2018 dan 2017 apabila beliau dan isterinya masing-masing memperoleh AS$4.5 juta (RM18.70 juta) serta AS$11 juta (RM45.70 juta).

Pengendali kempen itu juga mendedahkan data cukai untuk regu Biden, Kamala Harris dan suaminya, Doug Emhoff yang menunjukkan mereka membayar sebanyak AS$1.18 juta (RM4.90 juta) iaitu lebih banyak berbanding AS$3.2 juta (RM13.29 juta) pada tahun lalu. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Cukai pendapatan Trump jadi isu sebelum debat Presiden AS mula

Trump hanya bayar cukai pendapatan persekutuan RM1,313


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!