Saya tak nak jadi begini: Nazri

Gambar yang tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp. (Kanan: Nazri Ngah berkongsi gambar ketika dikuarantin di Hospital Temerloh hari ini.)
Gambar yang tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp. (Kanan: Nazri Ngah berkongsi gambar ketika dikuarantin di Hospital Temerloh hari ini.)
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMASKINI] "Saya tak nak jadi begini," luah Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, Datuk Nazri Ngah sebaik sahaja dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh dekat sini.

Beliau yang menjalani pemantauan di Hospital Temerloh memohon doa dikurniakan kesembuhan seperti sediakala.

"Kami (delegasi kerajaan negeri) balik dari Sabah pada 25 September dan terus buat saringan Covid-19 di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada malam itu juga. Keputusan didapati negatif.

"Saya melakukan ujian Covid-19 bersama Menteri Besar (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail). Berdasarkan keputusan (negatif) tersebut saya dan MB dan beberapa Exco lain ke majlis pelancaran buku Alsultan Abdulah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, majlis itu dihadiri Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang melancarkan buku terbabit.

"Saya tidak bersalaman dengan sesiapa termasuk dengan Tuanku," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu kenyataan media hari ini berkata, ujian kedua Covid-19 menerusi PCR (Polymerase Chain Reaction) terhadap Nazri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar didapati negatif.

Menurutnya, perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Bahari Tok Muda Che Awang Ngah pagi ini.

Artikel Berkaitan:

"Saya turut dimaklumkan bahawa kesemua mereka yang terlibat dengan Datuk Nazri sebelum ini tiada risiko dijangkiti," katanya.

Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail

Wan Rosdy turut mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Jabatan Kesihatan negeri yang bertindak pantas dalam menangani isu tersebut.

"Saya merayu kepada orang ramai supaya meneruskan amalan-amalan yang disarankan sepertimana prosedur operasi standard ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

"Kita tidak boleh sekali-kali alpa tentang perkara ini kerana wabak pandemik Covid-19 masih berada dalam komuniti kita yang wajib berwaspada serta berusaha untuk membendung dan mengatasinya, Insya-ALLAH," katanya.