Mike idam pertahan gelaran Mr Universe, Mr Asia

Mike merupakan juara Mr Universe empat kali berturut-turut sejak 2016 hingga 2019, manakala meraih kejuaraan Mr Asia kali kelima berturut-turut dari 2015 hingga 2019.
Mike merupakan juara Mr Universe empat kali berturut-turut sejak 2016 hingga 2019, manakala meraih kejuaraan Mr Asia kali kelima berturut-turut dari 2015 hingga 2019.
A
A
A

JAGUH bina badan negara, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, sedang mengintai peluang untuk mempertahankan kejuaraan Mr Universe dan Mr Asia dalam kategori sukan fizik (athletique physique) sehingga 167 sentimeter pada 2021.

Atlet berusia 47 tahun itu yang lebih mesra dengan panggilan 'Mike' dalam kalangan rakannya mendedahkan, beliau masih menjalani latihan seperti biasa memandangkan kedua-dua kejohanan berkenaan yang sepatutnya berlangsung pada tahun ini dibatalkan susulan pandemik Covid-19.

"Selama lima bulan ini, saya menjalani latihan di rumah dan juga di gimnasium untuk kekalkan otot saya bagi menghadapi beberapa kejohanan pada tahun hadapan.

"Semestinya saya berasa sedih kerana saya sudah membuat persiapan rapi sejak awal tahun ini bagi menghadapi kedua-dua kejohanan berkenaan, namun terpaksa dibatalkan sebab peningkatan kes Covid-19,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Berdasarkan perancangan asal, Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Asia ke-54 dijadualkan pada 5-11 September ini di Maldives, manakala Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia ke-12 dijangka diadakan pada November di Uzbekistan.

Persekutuan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia menetapkan Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Asia ke-54 diadakan dari 1hingga 7 September 2021, manakala badan induk itu masih belum menentukan venue dan tarikh Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia ke-12.

Mohd Syarul Azman merupakan juara Mr Universe sebanyak empat kali berturut-turut sejak 2016 hingga 2019, manakala meraih kejuaraan Mr Asia kali kelima berturut-turut dari 2015 hingga 2019.

Beliau yang sudah berkecimpung dalam sukan bina badan sejak tahun 2000 berharap dapat menyumbang pingat emas untuk negara pada Sukan SEA sebelum bersara pada satu hari nanti.- Bernama

Artikel Berkaitan: