ISTAF batal saingan Piala Raja Thai

Abdul Halim Kader
Abdul Halim Kader
A
A
A

PERSEKUTUAN Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) mengambil keputusan membatalkan edisi ke-35 Kejohanan Dunia Sepak Takraw Piala Raja Thai di, Bangkok, Thailand yang sepatutnya berlangsung Disember ini berikutan pandemik koronavirus (Covid-19).

Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader berkata, badan pentadbiran sepak takraw dunia itu telah memaklumkan Presiden Persatuan Takraw Thailand, Charouck Arirachakaran mengenai perkara itu kerana banyak negara masih tidak membenarkan rakyat mereka melawat ke negara lain akibat pandemik itu.

“Ini adalah kali pertama kejohanan ini dibatalkan sejak ia diperkenalkan pada 1985,” katanya hari ini.

Abdul Halim berkata, ISTAF mencadangkan kejohanan itu diadakan pada Mac 2021 sementara Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2020 di Goa, India yang sepatutnya berlangsung pada Ogos tahun ini diadakan pada Jun 2021 bergantung kepada keadaan Covid-19 di kedua-dua negara.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam Kejohanan Piala Raja Thai ialah memenangi acara antara regu tiga kali pada 2010, 2011 dan 2013.

Artikel Berkaitan: