Keadaan Iraq hampir tidak berubah walaupun ada PM baharu

Gambar fail menunjukkan tunjuk perasaan menentang rasuah, kelemahan perkhidmatan awam dan kadar pengangguran di Baghdad pada 4 Oktober 2019. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan tunjuk perasaan menentang rasuah, kelemahan perkhidmatan awam dan kadar pengangguran di Baghdad pada 4 Oktober 2019. - Foto AFP
A
A
A

PADA Oktober 2019 lalu, satu tunjuk perasaan bagi menuntut kejatuhan kelas pemerintahan Iraq telah berlaku yang sebelum ini tidak pernah terjadi di negara itu.

Hampir setahun berlalu dan terdapatnya sebuah kerajaan baharu manakala hampir 600 penunjuk perasaan terbunuh namun hampir kesemuanya tidak berubah di Iraq.

Tunjuk perasaan yang berlaku di seluruh negara pada 1 Oktober 2019 merebak menjadi sebuah pergerakan dan mengkritik kadar pengangguran, kelemahan perkhidmatan awam, rasuah dan kelas politik yang lebih yang kepada Iran atau Amerika Syarikat (AS) berbanding rakyat AS sendiri.

Ia kemudian membawa kepada peletakan jawatan mengejut Perdana Menteri ketika itu, Adel Abdel Mahdi pada 1 November 2019 dan digantikan dengan Mustafa al-Kadhemi selepas berlaku kebuntuan politik selama beberapa bulan.

Kadhemi kemudian berjanji untuk mengintegrasikan tuntutan para penunjuk perasaan itu ke dalam rancangan kerajaan peralihannya.

Namun, pada asasnya, hanya sedikit sahaja tuntutan itu dicapai.

Kadhemi menetapkan satu pilihan raya parlimen yang awal diadakan pada 6 Jun 2021 iaitu hampir setahun diawalkan dari jadual asal.

"Para penunjuk perasaan mahu pilihan raya awal dan undang-undang pilihan raya baharu. Kami sedang melakukannya," kata Abdelhussein Hindawi iaitu seorang penasihat Kadhemi berhubung pilihan raya tersebut kepada AFP.

Artikel Berkaitan:

Namun, ketika parlimen meluluskan satu undang-undang pengundian baharu pada Disember, beberapa perkara penting termasuk saiz daerah pilihan raya dan sama ada calon sepatutnya bertanding secara bebas masih perlu dipersetujui oleh para wakil rakyat.

Walaupun terdapat dakwaan berulang kali bahawa beliau tidak mempunyai cita-cita politik dan hanya berkhidmat sebagai Perdana Menteri peralihan, Kadhemi sendiri dilihat melakukan persediaan untuk satu 'pertarungan' pilihan raya.

Sebahagian wakil rakyat parlimen dan anggota-anggota daripada beberapa parti politik yang bersaingan memberitahu AFP, penasihat-penasihat Perdana Menteri itu sedang meninjau-ninjau calon-calon yang akan bertanding untuk pilihan raya 2021 dengan harapan beliau akan mendapat jaminan untuk berkuasa bagi satu lagi penggal yang baharu.

"Kadhemi terperangkap kerana perlu membuat keputusan tentang ke mana beliau mahu pergi," kata Renad Mansour iaitu seorang penyelidik Chatnam House yang berpangkalan di United Kingdom (UK).

Bank Dunia menyatakan kadar kemiskinan Iraq mungkin meningkat dua kali ganda kepada 40 peratus pada tahun ini. - Foto AFP
Bank Dunia menyatakan kadar kemiskinan Iraq mungkin meningkat dua kali ganda kepada 40 peratus pada tahun ini. - Foto AFP

"Adakah beliau mahu menjadi Perdana Menteri selama empat tahun lagi atau bermain politik atau Kadhemi mahu mengubah sesuatu ketika ini?" soalnya.

Ketika berkuasa, beliau berjanji untuk membimbing Iraq melalui krisis fiskal yang dahsyat dengan berkata, kantung negara hampir kosong selepas beberapa tahun 'pembaziran' begitu sahaja dan harga minyak yang menjunam.

Bank Dunia menyatakan kadar kemiskinan Iraq mungkin meningkat dua kali ganda kepada 40 peratus pada tahun ini dan pengangguran telah pun berada pada kadar 36 peratus sekali gus angka tersebut mungkin akan meningkat.

Kabinet Kadhemi pernah mendahulukan ikrar untuk mengurangkan bayaran gaji awam dan membuat audit kepada berjuta-juta rakyat Iraq tetapi kembali kepada dasar asal berikutan kritikan awam.

Ia kemudian membuat perubahan lagi pada Ogos lalu, menggaji beratus-ratus kakitangan di Kementerian Pertahanan tetapi tidak mampu untuk menghentikan tunjuk perasaan di luar bangunan kerajaan yang menuntut pekerjaan.

Menteri Kewangan, Ali Allawi gagal mengemukakan 'kertas putih' atau pembaharuan ekonomi pada lewat Ogos lalu yang sedang dimuktamadkan, kata beberapa pegawai kepada AFP.

Kadhemi turut menyatakan beliau akan memberikan keutamaan dalam perjuangan Iraq menentang pandemik koronavirus (Covid-19) yang telah meragut 100 nyawa pada bulan Mei lalu.

Kini, jumlah kematian akibat Covid-19 kekal kepada hampir kira-kira 9,000 orang dengan Kementerian Kesihatan memberi amaran, hospital-hospital mungkin 'kehilangan kawalan' jika pandemik tersebut tidak dapat dikawal.

Perdana Menteri itu mempunyai beberapa sekutu di parlimen apabila wakil-wakil rakyat pro-Iran berang dengan sokongannya ke atas tuntutan para penunjuk perasaan.

"Beliau mempunyai sebelah kaki yang berada di dalam kem elit dan sebelah lagi kaki berada di dalam kem anti-golongan berkuasa. Pada akhirnya, beliau tidak akan memuaskan hati kedua-dua pihak." kata Mansour.

Perdana Menteri itu juga bergelut untuk menunaikan janjinya bagi membawa mereka yang bertanggungjawab di atas kematian hampir 600 penunjuk perasaan dan aktivis pada bulan Oktober tahun lalu ke muka pengadilan.

Pada bulan September, kerajaannya mengumumkan bahawa keluarga mangsa-mangsa penunjuk perasaan itu boleh mengemukakan permohonan untuk mendapatkan pampasan daripada kerajaan tetapi kemudian tiada wang yang diedarkan.

Perdana Menteri Iraq, Mustafa al-Kadhemi pernah menyatakan mahu membawa keluar negara itu daripada kancah krisis ekonomi. - Foto AFP
Perdana Menteri Iraq, Mustafa al-Kadhemi pernah menyatakan mahu membawa keluar negara itu daripada kancah krisis ekonomi. - Foto AFP

Beberapa minggu kemudian, Kadhemi berkata, sebuah patung perlu didirikan di Dataran Tahrir iaitu pusat perhimpunan penunjuk perasaan di Baghdad termasuk di kawasan yang 'panas dengan protes di Nasiriyah, terletak ke arah selatan dari ibu kota itu.

"Saya tidak dapat mengingati sebuah patung merupakan antara tuntutan kami pada tahun lalu," kata seorang penunjuk perasaan yang masih muda dari timur Baghdad yang dikenali dengan nama Ali.

Sementara itu, kempen yang menakut-nakutkan penduduk negara itu masih berterusan apabila seorang warga Jerman diculik dan berlaku pembunuhan penasihat kerajaan dan cendekiawan, Hisham al-Hashem pada Julai lalu.

"Kami tahu siapa dan di mana pembunuh itu tetapi kami tidak dapat menangkap mereka atau membuat pengumuman. Ia terlalu sensitif," kata seorang pegawai Iraq kepada AFP yang tidak mahu namanya didedahkan.

Serangan roket ke atas misi-misi diplomatik dan konvoi ketenteraan telah meningkat dengan kumpulan-kumpulan bersenjata menjadi lebih berani dalam ancaman mereka terhadap Kadhemi.

Kebanyakan kumpulan puak jatuh ke tangan rangkaian separa tentera yang ditaja kerajaan iaitu Hashed al-Shaabi tetapi tidak mampu untuk mengawal penuh mereka hingga membuatkan Kadhemi kelihatan lemah, kata Mansour.

"Cabaran di Iraq adalah tidak ada seorang lelaki pun boleh 'memperbaikinya' tetapi pastinya bukan seorang lelaki yang percaya terdapat perubahan lambat dan pada waktu sama anda mempunyai satu peristiwa yang ganas," katanya. - AFP