Lima daerah di Selangor kini zon kuning

Info grafik yang dimuat naik di laman Facebook JKNS hari ini.
Info grafik yang dimuat naik di laman Facebook JKNS hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Lima daerah di Selangor bertukar menjadi zon kuning susulan pertambahan kes wabak koronavirus (Covid-19) di negeri ini.

Menerusi kemaskini di laman Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Selangor (JKNS), negeri ini merekodkan pertambahan 15 kes baharu hari ini dimana 14 daripadanya melibatkan kes tempatan manakala satu lagi kes luar negara atau Import A.

Katanya, kes baharu tempatan melibatkan daerah Klang, Serendah, Kajang, Batu dan Semenyih.

"Tujuh kes baharu import B (merentas negeri) melibatkan daerah Sungai Buloh, Damansara, Petaling, Kajang dan Cheras.

"Lima daerah yang berada dalam zon kuning adalah Klang, Hulu Langat, Petaling, Hulu Selangor dan Gombak," katanya.

Pada 15 September lalu, semua daerah di Selangor berstatus zon hijau selepas 41 hari mengharungi kes aktif di bawah angka lima.

Bagaimanapun, jumlah itu merekodkan pertambahan susulan pertambahan kes melibatkan individu yang pulang dari Sabah.

Artikel Berkaitan: