X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: MERCY Malaysia gerakkan sukarelawan di Sabah

A
A

KUALA LUMPUR - MERCY Malaysia menggerakkan sukarelawannya di Sabah susulan penularan pandemik koronavirus (Covid-19) di negeri itu bagi membantu klinik kesihatan setempat.

Dalam satu kenyataannya MERCY Malaysia berkata, pihaknya merancang untuk menjalankan 1,200 ujian Covid-19 di Lahad Datu serta menyediakan kit kebersihan dan pek makanan kepada komuniti yang terjejas dengan penularan pandemik itu.

“Kawasan yang paling terjejas adalah Tawau (759 kes), Semporna (309), Lahad Datu (295) dan Kunak (75) yang melibatkan 962,661 orang keseluruhannya dalam komuniti berkenaan.

“Pertarungan melawan Covid-19 masih belum selesai. Kami menggalakkan anda mengikut prosedur operasi standard iaitu mencuci tangan, sentiasa jaga kebersihan, jaga jarak anda, pakai pelitup muka,” menurut kenyataan itu.

MERCY Malaysia turut menasihatkan mereka yang melakukan perjalanan dari kawasan yang terlibat, untuk kuarantin sendiri bagi memutuskan rantaian pandemik Covid-19 dan mengelak penyebaran jangkitan ke tempat lain.

Mereka yang ingin memberi sokongan kepada rakyat Sabah boleh menyalurkan sumbangan kepada Dana Pandemik Covid-19 menerusi Dana Kemanusiaan MERCY: 5621 7950 4126 (Maybank) atau MERCY Malaysia: 8000 7929 08 (CIMB) atau melalui www.mercy.org.my.

Semua sumbangan kepada MERCY Malaysia diberikan pengecualian cukai pendapatan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!