Polis didakwa ponteng kerja 50 hari berturut-turut

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang koperal polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan gagal hadir bertugas selama 50 hari berturut-berturut tanpa sebab yang munasabah.

Tertuduh, Mohamad Iskandar Mahusin, 36, didakwa tidak hadir bertugas di Balai Polis Pudu Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju di sini dari 23 Jun hingga 11 Ogos 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 86 Akta Polis 1967 dan boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 12 bulan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar meminta mahkamah memberikan jaminan RM3,500, namun Mohamad Iskandar yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan kerana dia sudah tidak bergaji dan mempunyai masalah sakit jantung.

Majistret, Wong Chai Sia kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 November ini untuk sebutan semula kes.

Difahamkan tertuduh telah digantung tugas. - Bernama

Artikel Berkaitan: