X

Kindly register in order to view this article
!

Sorok heroin atas atap zink

Ketua Polis daerah, Superintendan Ab Rashid Mat Daud (dua dari kiri) menunjukkan ubat batuk yang dirampas dari sebuah Toyota Hilux yang ditinggalkan di sebuah kawasan perumahan di Wakaf Bharu, Tumpat pada Sabtu lalu
A
A

TUMPAT - Taktik sekumpulan tiga lelaki sindiket pengedaran dadah menyorokkan heroin bernilai RM13,060 di atas atap zink sebuah bangunan gagal apabila diserbu polis di Wakaf Bharu di sini Khamis lalu.

Suspek berusia 30, 40, dan 48 tahun ditahan dalam serbuan jam 2.10 petang oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Tumpat dan Balai Wakaf Bharu.

Ketua Polis daerah, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, bertindak atas maklumat pasukan polis menyerbu sebuah bilik yang dijadikan port penagihan dadah di tingkat satu bangunan di Wakaf Bharu.

“Hasil pemeriksaan ada tiga lelaki di dalam bilik berkenaan dan mereka menunjukkan satu kotak bertulis power bank yang disorokkan di atas atap zink di bahagian luar tingkap bilik berkenaan.

“Pemeriksaan di dalam kotak menemui tujuh botol bertudung warna kuning berisi 29 gram (g) dadah jenis heroin dan enam pil kuda bernilai RM13,060,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di sini hari ini.

Ketua Polis daerah, Superintendan Ab Rashid Mat Daud (dua dari kanan) menunjukkan ubat batuk yang dirampas dari sebuah Toyota Hilux yang ditinggalkan di sebuah kawasan perumahan di Wakaf Bharu, Tumpat pada Sabtu lalu.
Ketua Polis daerah, Superintendan Ab Rashid Mat Daud (dua dari kanan) menunjukkan ubat batuk yang dirampas dari sebuah Toyota Hilux yang ditinggalkan di sebuah kawasan perumahan di Wakaf Bharu, Tumpat pada Sabtu lalu.

Beliau berkata, mereka dipercayai baharu menyorokkan dadah berkenaan di atas atap bangunan itu sebaik menyedari kehadiran pihak polis.

“Mereka juga dipercayai mempunyai rangkaian sindiket yang aktif dalam pengedaran dadah antara sebulan hingga dua bulan lalu dengan mengambil bekalan di negara jiran bagi dipasarkan ke pasaran gelap tempatan.

“Kesemua urin suspek didapati positif dadah jenis opiate dan metamphetamine serta masing-masing ada tiga rekod lampau dadah. Mereka ditahan reman sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana mengedar dadah,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, polis turut merampas sejumlah 22 kotak mengandungi 2,200 botol cecair dipercayai ubat batuk bernilai RM22,000.

“Ubat batuk atau cecair kodein tersebut ditemui di tempat penyimpanan barangan di bahagian belakang sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang ditinggalkan di hadapan sebuah rumah di Chabang Empat Tumpat pada jam 6.45 petang, Sabtu lalu.

“Pasukan Kereta Peronda Polis (MPV) sebelum itu terserempak dengan kenderaan yang dipandu dalam keadaan mencurigakan dan kemudian membuat pusingan U namun hilang jejak sebelum ditemui ditinggalkan sejauh tiga kilometer dari lokasi asal dilihat,” katanya.

Ketua Polis daerah, Superintendan Ab Rashid Mat Daud (dua dari kanan) menunjukkan heroin dalam botol yang ditemui di atas atap zink sebuah bangunan di Wakaf Bharu, Tumpat.
Ketua Polis daerah, Superintendan Ab Rashid Mat Daud (dua dari kanan) menunjukkan heroin dalam botol yang ditemui di atas atap zink sebuah bangunan di Wakaf Bharu, Tumpat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!