Hajiji umum pertukaran portfolio Bung Moktar, Masidi

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berbincang sesuatu dengan Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berbincang sesuatu dengan Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Seri Bung Moktar Radin.
A
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengumumkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin bertukar portfolio kepada Menteri Kerja Raya.

Jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang berikan kepada Bung Moktar sebelum ini ditukar kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun yang juga merangkap sebagai Menteri Kewangan 2.

Beliau membuat pengumuman itu dalam sidang akhbarnya yang pertama di Pejabat Ketua Menteri di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini selepas mengangkat sumpah di Istana Negeri pagi semalam.

"Saya ingin mengumumkan bahawa Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Menteri Kerja Raya ialah Datuk Bung Mokhtar Radin manakala Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan juga merangkap Menteri Kewangan Kedua ialah Datuk Seri Masidi Manjun.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor bersama tiga Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin; Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Joachim Gunsalam dalam sidang akhbar sebentar tadi.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor bersama tiga Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin; Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Joachim Gunsalam dalam sidang akhbar sebentar tadi.

"Saya memerlukan khidmat Masidi membantu saya dalam kewangan terutama sekali untuk memulihkan ekonomi negeri Sabah dan juga menghadapi Covid-19 ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hajiji sah KM Sabah, Bung Moktar timbalan

Lantikan ADUN dibincang bersama PN, BN dan PBS

Artikel Berkaitan:

Hajiji, figura tidak asing dalam arena politik Sabah

Pengumuman itu sekali gus menolak spekulasi bahawa berlaku ketidakpuasan hati daripada pihak UMNO berhubung pembahagian jawatan dalam Kabinet Negeri.

"Tiada masalah pertukaran cuma saya mahu Masidi bantu saya kerana latar belakang beliau yang berpengalaman dalam bidang kewangan dan ekonomi," katanya.

Ditanya sama ada pertukaran portfolio itu mendapat persetujuan semua pihak, beliau menyatakan ia mendapat persetujuan semua pihak.

Sementara itu, berhubung pelantikan menteri dan pembantu menteri yang lain, mereka akan mengangkat sumpah dalam masa terdekat.

"Selain itu, pelantikan menteri-menteri yang lain seramai lima orang akan mengangkat sumpah tidak berapa lama lagi berserta dengan pembantu- menteri," katanya.