Pelantikan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah tepat

Hajiji Noor ketika mengadakan sidang media di Pejabat Ketua Menteri di PPNS hari ini. - Foto Bernama
Hajiji Noor ketika mengadakan sidang media di Pejabat Ketua Menteri di PPNS hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Pelantikan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu bertepatan kerana beliau pernah berkhidmat menerajui kerajaan negeri sebelum ini.

Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad berkata, kebersamaan semua wakil rakyat Sabah di bawah kepimpinan Hajiji penting dalam mentadbir negeri yang kaya dengan adat dan budaya itu.

Menurutnya, Pas percaya, kerjasama erat antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan terjalin bagi memastikan agenda pembinaan negara berjaya digerakkan bersama.

"Pengalaman menjadi wakil rakyat sejak 1990 dan pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah pada 2018 menjadikan beliau dikenali di Sabah.

"Kepercayaan yang diberikan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada beliau hendaklah dipikul dengan penuh tanggungjawab dalam merealisasikan Aku Janji GRS seterusnya memberikan fokus kepada kesejahteraan negeri di bawah bayu itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hajiji sah KM Sabah, Bung Moktar Timbalan

Terdahulu, Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16 selepas mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pagi tadi.

Turut mengangkat sumpah Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Artikel Berkaitan:

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffry Kitingan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Dua serta jawatan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Tiga dipegang Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Joachim Gunsalam selain dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah.

Kamaruzaman Mohamad
Kamaruzaman Mohamad