Arteta enggan ulas kedatangan Aouar ke Emirates

Aouar
Aouar
A
A
A

PENGENDALI Arsenal Mikel Arteta enggan mengulas mengenai perkembangan terkini berhubung hasrat membawa masuk pemain Lyon, Houssem Aouar ke Emirates musim ini.

Malah Arteta berkata, setakat ini pihaknya juga masih belum mempunyai sebarang perkhabaran berhubung kemasukan pemain-pemain baharu untuk menyertai skuad The Gunners itu.

"Kita tidak ada perkhabaran mengenai pemain baharu (ke Emirates) mahu pun pemain-pemain yang mungkin akan meninggalkan kelab. "Masih ada seminggu lagi dan saya menjangkakan situasi yang sibuk bagi urusan berkenaan (perpindahan pemain) bagi semua pasukan.

"Kita lihat apa yang berlaku kerana saya menjangkakan musim perpindahan pemain kali ini akan menjadi terlalu sibuk sehingga ke tarikh akhir perpindahan 5 Oktober ini," katanya.

Selain Aouar, Arsenal turut dikaitkan dengan kehadiran pemain tengah Atletico Madrid, Thomas Partey pada musim perpindahan pemain kali ini; namun sehingga kini, masih tiada sebarang perkhabaran mengenai kedua-dua pemain berkenaan.

Sementara itu difahamkan, Presiden Lyon, Jean Michel Aulas menegaskan bahawa urusan perpindahan bagi Aouar perlu berada pada nilai RM194 juta (€40 million).

Menurut Aulas, Lyon sewajarnya tidak melepaskan pemain berbakat seperti Aouar kepada pasukan lain dengan tawaran yang lebih rendah berbanding harga berkenaan.

“Semestinya jumlah yang perlu dibayar bagi mendapatkan Aouar adalah lebih daripada itu. Mungkin tawaran daripada Arsenal itu tidak melihat status Aouar sebagai salah seorang pemain dalam skuad kebangsaan Perancis.

Artikel Berkaitan:

"Bagi kami, tawaran itu nyata tidak membuatkan kami mempertimbangkannya bagi urusan menjual (perpindahan) pemain," katanya.