'50 sen, RM1 pun kami terima'

Hasanuddin (tiga dari kanan) bersama barisan veteran ATM yang hadir pada Majlis Pelancaran Kempen Kutipan Tabung Pahlawan Peringkat negeri Perak hari ini.
Hasanuddin (tiga dari kanan) bersama barisan veteran ATM yang hadir pada Majlis Pelancaran Kempen Kutipan Tabung Pahlawan Peringkat negeri Perak hari ini.
A
A
A

IPOH - Perak menyasarkan kutipan lebih RM300,000 untuk Kempen Tabung Pahlawan 2020 bagi membantu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM Perak, Mejar Hasanuddin Othman berkata, sasaran yang ditetapkan itu menyamai jumlah tahun lalu yang diperoleh termasuk menerusi sumbangan korporat, agensi kerajaan, persatuan veteran dan kutipan jalanan.

"Kita berjaya peroleh hampir RM50,000 melalui kutipan jalanan tahun lalu, jumlah itu sudah dianggap banyak kerana apabila kita adakan program di sekolah, murid-murid ini ada yang menyumbang 10sen, 50sen dan ada juga RM1.

"Sumbangan sama ada banyak atau sedikit bukan menjadi persoalan kerana matlamat kita bukan sekadar duit yang dikumpul, tetapi mahu generasi muda ini menunjukkan keikhlasan dengan menyelami dan menghargai perjuangan anggota terdahulu," katanya kepada media sempena Majlis Pelancaran Kempen Kutipan Tabung Pahlawan Peringkat negeri Perak di sini hari ini.

Sarjan Hassanuddin Abd Karim, 72, yang kehilangan kaki kiri akibat terpijak jerangkap samar dalam operasi 1978 lalu membawa tabung pahlawan sebagai gimik Majlis Pelancaran Kempen Kutipan Tabung Pahlawan Peringkat negeri Perak hari ini.

Program dirasmikan Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria yang diwakili Pegawai Khasnya itu turut dihadiri Panglima 2 Briged Infrantri, Brigadier Jeneral Malek Razak Sulaiman.

Menurutnya, pergerakan kempen mengutip dana tahun ini dijalankan seperti kebiasaan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Jadi kita mintalah komitmen daripada semua pihak untuk sama-sama menyumbang kepada tabung pahlawan ini supaya dapat dimanfaatkan kepada veteran yang memerlukan termasuklah yang kurang berkeupayaan, ditimpa musibah, balu serta anak-anak bekas anggota yang berada dalam keadaan daif," katanya.

Artikel Berkaitan: