185 aduan penipuan transaksi dalam talian sejak PKP

Pengguna boleh membuat semakan terhadap nombor akaun bank atau nombor telefon yang pernah dilaporkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai langkah awal mengelak dari ditipu.
Pengguna boleh membuat semakan terhadap nombor akaun bank atau nombor telefon yang pernah dilaporkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai langkah awal mengelak dari ditipu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu menerima 185 aduan penipuan transaksi dalam talian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata, sebelum pelaksanaan PKP, KPDNHEP hanya merekodkan 46 aduan.

Menurutnya, aduan paling kerap membabitkan pengguna tidak menerima barangan atau perkhidmatan seperti diiklankan dan barangan atau perkhidmatan yang tidak seperti ditawarkan.

“Sejak PKP dilaksanakan, pengguna memilih pembelian melalui dalam talian kerana menjimatkan masa, lebih selamat tanpa melibatkan sentuhan fizikal, mengelakkan kesesakan orang ramai serta mudah membuat perbandingan harga.

“Oleh itu kita menasihatkan pengguna sentiasa berurusan dengan peniaga menggunakan tapak pasar dalam talian yang boleh dipercayai terutama yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan memperoleh logo Biztrust,” katanya hari ini.

Pengguna dinasihatkan berurusan dengan peniaga dalam talian yang boleh dipercayai terutama yang berdaftar dengan SSM dan memperolehi logo Biztrust.
Pengguna dinasihatkan berurusan dengan peniaga dalam talian yang boleh dipercayai terutama yang berdaftar dengan SSM dan memperolehi logo Biztrust.

Saharuddin berkata, pengguna boleh membuat semakan terhadap nombor akaun bank atau nombor telefon yang pernah dilaporkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai langkah awal mengelak dari ditipu.

Katanya, semakan boleh dilakukan melalui laman http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau muat turun aplikasi 'Semak Mule CCID' di Google Play Store.

Artikel Berkaitan:

“Peniaga dalam talian perlu mematuhi Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 dengan memaparkan lapan maklumat perniagaan mereka.

“Lapan maklumat itu ialah nama peniaga atau perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan, maklumat untuk dihubungi, keterangan produk, harga termasuk kos tambahan, kaedah bayaran, terma dan syarat dan anggaran masa penghantaran.

“Peniaga yang melanggar peraturan dan disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM50,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.